REVIEW : YOGJAKARTA


Assalammualaikum...

Mungkin ramai rakan-rakan Fb or Insta dah tahu yang aku baru balik daripada Indonesia.Kali ini kami memilih daerah istimewa Yogjakarta.Kiteorang pergi dengan abah dan tisya(adik).Pada awalnya aku berbincang dengan abiy nak bawa family trip ni ke Sabah sahaja.Kebetulan ticket AirAsia tengah promo.Dan pada Dec 2017 harga ticket gila-gila buat sale.Aku pun rembat lah ke Jogja pada bulan March sempana birthday abah dan aku.

Kenapa aku pilih Jogja?
Okey.Untuk entry ni,aku nak buat review.Macam pro and cont lah.

Pro

  • Banyak tempat bersejarah.Peradaban dunia atau nusantara.
  1. Candi Borobudur : Agama asal yang bertapak di tanah Jogja.Hindu Buddha.
  2. Candi Prambanan
  3. Muzium belanda (Vredeburg) : Peninggalan Belanda sewaktu belanda menakluk wilayah tersebut.
  4. Istana kraton (Asal datangnya kerajaan mantaram islam ke tanah Yogjakarta)
  • Banyak tempat adventures
  1. Pantai Timang
  2. Gua Pindul : Aktiviti mandi air terjun dan merentasi gua.
  3. Gunung Merapi : Bagi negara kita yang tidak ada bencana gunung berapi kita patut bersyukur.Di sini kita kena naik jeep,lalu laluan yang tidak rata.Terdapat muzium Gunung Merapi.
  • Spot untuk bergambar
  1. Kalibiru
  2. Pule Payung
  3. Pantai Parangtritis
  4. Kebun Buah Mangunan
  5. Hutan Pinus
  6. Tebing Breksi
  7. Gereja Ayam
  8. Phutuk Setumbu
  • Uber senang cari
  • Shopping murah
  • Makanan halal mudah dicari

Con

  • Dari satu tempat ke satu tempat sangat jauh : 1jam or lebih perjalanan
  • Semua tempat ada fees enterance/semua spot bergambar ada bayaran.Yang ni sangat-sangat tak masuk akal bagi aku.
  • Semua tempat park ada bayaran walaupun kekadang satu-satu tempat tu tak nampak macam tempat perking pun.
  • Macet (jem)

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor