Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 8) : Ku Kunci Cinta Di Namsan

Assalammualaikum...



Entry ni sambungan dari episode Korea part 7 haritu.

Breakfast banana uyu.Fav ni <3

                                      Harga ticket bas.

Pagi musim luruh pada 04/11/2017(sabtu) sejuk seperti biasa.Cuma kami saja yang macam cacing kepanasan sebab terbangun tidur lambat.Jam 1000 baru terjaga.Selepas subuh abiy dah warning jangan baring.Suruh buat bekpes lah.Tapi kita ni tak tahan tengok dia menyambung tidur.So,join sekaki.HAHA! Tulah aku cakap awal-awal berjalan musim sejuk ni,memang penuh dengan kemalasan.

Jam 1030 owner guesthouse dah ketuk pintu bilik.Sebab bas kami jam 1100.Siap telefonkan teksi.Sangat baik kan.

Kebetulan masa kami menunggu bas.Ada sekumpulan organisasi ni tengah buat kempen untuk Sukan Olimpik Pheongchang 2018 kat stesen bas ni.Dorang agihkan pen,tissue basah dan notebook kecil untuk semua orang yang ada kat situ.Untuk kami kemahin banyak diaorang bagi sebab paham-paham je lah perangai my husben.Mudah peramah dan terlebih mulut tu.Siap ambil gambar beramai-ramai lagi dengan dorang.

Macam yang aku terangkan sebelum ni.Sistem bas kat Korea ni sangat puctual.Bila ticket jam 1100.So that mean jam 1100 nanti baru bas ada kat platform.Naik bas baik-baik.5 min selepas tu,bas akan gerak.Takda tunggu or terjerit-jerit ye memanggil.Aku suka cara macam ni.Cepat dan tepati masa.

Tepat jam 1300 kami sampai di Dongseoul Station Bus.Masa keluar stesen bas kiteorang follow je local.Dalam hati,mesti dorang ni menuju ke subway bawah tanah(pengangkutan utama dorang).So,membontot je tak tanya sesapa pun untuk direction.Dalam 5 min berjalan macam tu.Sampai Gangbyeon train station.Fuhh lega.Senang je rupanya.Macam ni.Keluar je dari bangunan stesen bas.Akan nampak parking kereta sebelah kanan.Tepi park kereta tu ada tempat penjalan kaki.Ikut je laluan tu dalam 5 min anda akan sampai simpang 3.Korang besarkan mata,akan nampak 'Gangbyeon Station' di seberang jalan.So,tunggu lampu melintas hijau baru boleh melintas ye.

Ni lah bangunan Gangbyeon Train Station

Gangbyeonstation--Myeongdong--DongdaemunHistoryPark(exit 1)

Kami terus ke dongdaemun untuk checkin guesthouse.Nama guesthouse kami kali ni,Philstay Dongdaemun Guesthouse.Sangat dekat dengan line subwey,Sebelah 7eleven dan staff yang sangat friendly.Aku prepare sardin dan kami makan ramai-ramai dengan staff.Sambil makan sambil bercerita,sampai lastday,kiteorang nak balik si Jhonny(staff) tinggalkan card dia di celah pintu bilik kami ,senang nak berhubung akan datang.Sebab dia cakap dia pon backpacker.Pernah ke Malaysia 2016 dulu.Mana tahu ada rezeki berjumpa di negara lain pulak kan.Bukan di Korea or Malaysia.

Ni lah bangunan guesthouse kami.Sebelah 7E.Senang nak beli nasi instant.

Tujuan petang tu kami akan ke Namsan tower.


Sangat-sangat salah time.Sebab kami datang pada hari Sabtu.Sangat ramai makhluk tuhan di kaki bukit Namsan malam tu.Abiy nak mendaki.Awal-awal aku dah cakap taknak.Maafin fatin mas,kaki sudah mau putus uratnya.Naik cable car please mas.

Sejuk gila time ni :(

I AND MY LOVE di Namsan


Selepas naik cable car.Korang akan sampai atas bukit.Dan diatas bukit itu yang terletaknya Namsan Tower.Untuk sampai atas Menara Namsan Tower kena beli ticket untuk lif pula.Tak mahal dalam 10,000 won/person.


Sebelum naik ke Menara abiy pergi lock kunci.Sweetnya husband saya..

Yeayyy...dah sampai atas...

Kat atas menara tu ada kedai candy.Sambil lepak atas tu sambil makan candy.Tengok sampai duduk di lantai kan.Ni kat Malaysia taknak duduk lantai kat KLCC.Tetibe kat Korea mampu di lantai eh.Kemahin..



Lama kami lepak di Namsan.Sempat layan coffee dulu.Santai-santai je.Seronok sangat rasa dapat berduaan dengan husband di negara orang.Di kalangan orang yang kita tak kenal.Tenkiu abiy..

Akan bersambung nanti.K bye!

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor