Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 7 ) : Ke Abai Village,Autumn In My Heart dan Makan King Crab

Assalammualaikum...



Selesai subuh pagi tu (03/11/2017), aku dan abiy sambung tidur.Kroh kroh kroh..HAHA!

Ni semua penangan mendaki Seoraksan lah agaknya kot.Lepas zohor baru kami keluar.Harini takda buat apa-apa abiy cakap 'kita round-round je'.So decide untuk pergi bandar Sokcho.Dan dinner seafood di Abai Village.

Matahari dah terpacak :P

Sumber google 


Ni adalah gambar Bandar Sokcho.Kiteorang tak dapat snap pic menara tu sebab terpegun tengok.Dahla time tu dalam bus.Memang bye-bye je.HIHI :(

Terpegun sebab kalau tengok real bentuknya macam tak logik.Tak pernah tengok bangunan macamtu.Tu jakun agaknya.HAHA


Disebabkan kami dah beli ticket bas balik Seoul ecok.So,harini luangkan masa di Sokcho je.Deretan kedai dia tersusun,bersih dan walaupun takda bahasa inggeris senang je nak paham.Time memula sampai tu kiteorang lepak coffee house je.Orang korea ni memang minat gila coffee.Punyalah banyak coffee house.


Duduk situ berejam lah juga.Sambil layan orang lalu-lalang.AAiishh,tenang je.Pastu abiy ajak pusing town.Shopping lah apa lagi.Walaupun Sokcho terletak jauh dari Seoul tapi fesyen dia up to date sama dengan Seoul.Negara ni memang terkenal dengan fesyen kan.Memang rambang mata.Aku dapat sebundle mask muka dan baju 2/3 helai dah cukup.


Sedar tak sedar dah jam 1700.Bila berjalan waktu sejuk ni,siangnya singkat je.So,kami terus ke gateboat.Untuk ke seberang.


Boat ni tanpa enjin,so memang memerlukan kederat untuk membuatkan goat ni bergerak.Kampung ni terkenal dalam cerita "Autumn In My Heart".



Memang masterpiece betul kdrama ni.Aku layan drama ni time sekolah rendah lagi.Tahun 2000 kot.2017 baru aku dapat peluang dan rezeki untuk sampai sini.Skrg Song Hye Kyo pun dah kahwin dengan Song Joong Ki.HIHI...

Tak mahal pun cume 500 won je.Yang kerja menarik ni pula orang tua-tua.


Ni time pergi.Dalam jam 1700.Tengok??Nampak dah gelap kan..



Laki aku ada cakap dengan ajusshi yang bekerja yang kat belakang gambar tu :

Abiy : Ajusshi,is okey.i try i do it okey!
Ajusshi : No,no my work! HAHA!!

Ni time pergi,time balik lagi tua pakciknya.Nak rasa kesian pun macam tak mungkin.Sebab orang korea ni kuat bersenam dan jaga permakanan.So,memang nampak sihat dan still kuat bekerja walaupun dah tua.Tengok jelah kat Seoraksan semalam,ajumma tua-tua gigih mendaki gunung.Urm...

Abai Village ni terkenal dengan makanan laut.Terdapat banyak gerai/restoran seafood kat sini.Sebelum menkededarah abiy ajak duduk tepi laut.Restoran yang kami pilih untuk makan tu bebetul berhadapan dengan laut.

Jauh termenung ye bang <3, Syurga saya ni.

Malam tu banyak kiteorang makan.Ikan bakar,Abalone, dan ni paling win lah.1kg Mr king crabs.Yang lain tak sempat nak snap pic dah dibalunnya si suami.HAHA!

Maksud Abai Village ni (kampung orang tua),sebab tu arca dia macam tu.Bentuk orang macam membongkok kan.Papepon,i kenyang sangat dan suka suasana kampung ni.Sunyi dan tenang je.Dengan sejuk malam tu,so i merengek kat abiy ajak balik..


Bukti tempat filem ni di shooting disini.

Dah penat berjalan ni memang nak ambil jalan mudah je.Ingat nak tahan teksi.Sekali teksi tak sampai-sampai,tapi bus yang sampai dulu.Takpelah,boleh jimat.So,kesimpulannya kami balik guesthouse malam tu dengan bus.

Sampai je guesthouse,abiy terus tadah air dalam jakuzzi.Suke betul dia.Aku pulak sesiap untuk mengemas bilik dan backpack kami.Sebab esok bus kami jam 1000.Siap inform owner guesthouse.Dia cakap nanti dia kejutkan.Baik sangat.Tapi tulah tak sempat selfie bersama.Takpelah,takde rezeki..

Ok,Nunite <3 

Part 8 akan disambung nanti.Stay tuned okey!
Bye!
Saranghae!!

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor