Fatin dan Shah Honeymoon Korea ( Part 6) : Gunung Seoraksan yang menawan kalbu

Assalammualaikum..


Pada keesokkan paginya (02/11/2017) lepas breakfast.Pagi ni keluar awal sikit,jam 0900.Sebenarnya ini pun dah dikira lambat tau.Mana taknya honeymoon sambil backpacker kan.Kalau backpacker dengan geng kawan boleh keluar hotel jam 0600 rasanya.Bila dengan pasangan ni ada saja mengadanya.
.........
Kebetulan owner hotel nak tolong hantarkan ke bustop.Kalau jalan kaki pun boleh tak sampai 5min pun tapi owner dah baik kita okey je.Tunggu kat bustop tak sampai 10min bas menghala ke Seoraksan pun sampai.


Nilah bustop yang dekat dengan guesthouse kiteorang.
Yang jalan tak sampai 5min tu.Hihihi..

Perhatian ok!! Bus tambang no 7 @ 7-01.Bas ni dari bandar Sokcho ke hentian terakhir di Seoraksan.Kalau nak balik nanti pun naik bas no yang sama juga.Apa yang menarik perhatian aku adalah driver bas dia.Smart semacam,berkemeja putih lengan panjang,slack hitam siap tuckin,dan kasut hitam berkilat.Teringat masa menunggu bas ke Sokcho semalam di Gimpo Airport,aku sampai ingat sorang oppa ni pilot :)

Ada yang sampai berkaca mata hitam kater kow.Dahla muda-muda.Hamboi...



Okey! Berbalik situasi dalam bus.Dalam 15-20 min aku dan abiy pun sampai ke Seoraksan Mountain.Benda pertama kena buat adalah beli ticket masuk.Bila korang melepasi je gate masuk tu korang akan nampak tugu beruang ni.Aku tak tahu apa motif beruang ni.Mungkin dulu banyak beruang kut kat gunung ni :)

Susah nak tunggu clear.Ada je orang.

Cerita sikitlah pasal Seorak Mountain ni.Nama Seorak tu maksudnya "salju".Dorang ambil nama tu sebab kalau musim winter,salji di gunung ni lah yang paling lama boleh bertahan.Seorak juga gunung ke-3 tertinggi di Korea Selatan selepas Hallasan Mountain di Jeju Island dan Jiri Mountain di Gyeongsan.Selalunya musim gugur(autumn) ni adalah musim yang paling ramai orang datang sini.Sebab pemandangan daun maple die memang terbaiklah!

Abiy awal-awal lagi dah ajak ke kaunter ticket cable car.System cable car sini sama je macam cable car kat Langkawi.Beli ticket dulu,tunggu sampai no.giliran dipanggil.Punya ramai rakyat korea datang hari tu.Memang penuh.Sementara kami menunggu no.giliran abiy ajak round-round keliling.Bawah kaki gunung ni ada restoran,taman,sungai,trak untuk hiking dan temple.Luas jugalah.Kami tak sempat pusing habis.Mana tak nya,sekejap-sekejap behenti ambil gambar.Series sangat cantik.






Betul ke ada orang cakap muke abiy dah macam korean people.HAHA!
Korang tau kembang montot die tau.Eheheehe..


Kami habiskan masa 1jam lebih untuk bergambar.Tepat jam 1130 kami naik ke bangunan cable car.Beratur elok-elok ye anak-anak.Time ni depan aku ada rombongan ajumma-ajumma.Ramai,masing-masing berpimpin tangan taknak terpisah.Comel je.


Tak lama pun masa diambil lebih kurang 5 minit je untuk sampai point 1.Dan cable car tu boleh menampung 50 orang sehala.Memang ramai kan.Kita pun macam was-was tak percaya.Tapi korang jangan risau lah,semua okey ja.Time naik tu semua diam.Senyap sebentar sambil mata dijamukan dengan pandangan yang tak pernah aku lihat sebelum ni.Tambah menarik lagi dalam cable car tu dorang siap mainkan lagu romentik korea.

FUhh~~ layan.Feeling abis...

Sungguh mendamaikan.


Dah sampai atas,perkara pertama kami buat beli waffer.Dan duduk dibangku tu sambil makan.Eh,bukan sebelum keluar homestay tadi dah breakfast ke?HAHA!! Bukan makanan berat pun lah.Light-light je.Musim sejuk kan,memang kejenya lapar saja.Dah siap makan,korang nampak tangga tu.Kalau nak ke puncaknya kenalah mendaki sikit ye.Okey moh kita! 



Alololo manja saya <3

Sebenarnya Seorak ni banyak puncak.Yang paling tinggi perlu mendaki hingga 800 anak tangga.Dengan hanya bertemankan batu-batu granit.Tetapi oleh kerana midset kiteorang mai sini sekadar untuk pemandangan kami decide untuk mendaki sampai puncak yang rendah sedikit.Walaupun rendah sedikit tetapi bagi saya tetap tinggi.HAHA!

Di bawah

Di atas

Fuhh,akhirnya sampai juga sini.Alhamdulillah...

Sampai je atas tu terduduk aku.Dengan gayatnya.Lemah semangat,aduii.Puas kami berposing.Yelah dari Malaysia nak sangat datang sini.Haa..sekarang dah sampai puaslah hati hero kita tu.Bayangkan kalau tengah musim salji,mesti gunung ni lagi cantikkan.Bila rasa dah lama sangat atas tu.Abiy ajak turun.Part ni memang aku lemah,bukan apa i gayat :(

Lepak-lepak sambil layan pemandangan atas tu.Dah puas kiteorg turun ke kaki gunung semula.

Dalam cable car

Cantikkan <3

Sampai je bawah kiteorang lepak makan tteokbokki.Lawan dengan air mineral yang dibawa sendiri dari homestay je.Bagus lifestyle macam ni kan.Minum air masak je.


Tteokbokki yang super sedap.Kejenya asyik makan sahaja.Sabarlah ajelah.Lepas makan,kiteorang masuk kedai cenderamata.Beli friged magnet dan baju.

Ni lah baju yang kiteorang beli kt Seoraksan.Kenangan sungguh :)
Gambar ni kt Airport Senai baru landed dari Klia.

Selepas setel shopping.Kiteorang masuk jalan track.Saja berjalan sekitar kaki gunung ni.Memang menarik sebab dorang mencantikkan kawasan kaki gunung dorang.Ada je lanskap-lanskap yang menarik.Ramai sebenarnya local korea ni menggunakan track untuk mendaki.Memang tak dinafikan dorang memang kuat berjalan.Dari Seoul ke Jeju sampai ke Sokcho aku perhati je.Mybe nak kurus kot.Negara dorangkan kene cantik.Kalau huduh nanti kena kecam.Hihi..

        


Tapi,time kiteorang nak keluar dari kawasan gunung ni.Aku dan abiy ke toilet,pastu bila aku keluar je aku nampak laki aku dah berbual dengan sekumpulan ajusshi.Peramah sungguh lah pulak laki aku ni.Bila aku datang dekat,ajusshi tu ckap..

Ajusshi   : "your wipo?,your wipo?", (wipo tu wife) slang bi hihi
Abiy       : Ya,ya
Ajusshi   : "Wahh , ippo , ippo" sambil gelak ramai-ramai dan tepuk bahu laki aku..
Abiy       : Kebingungan.Dalam hati ingat ajusshi tu nak ckap bagus kot kiteorang nikah muda.

Setelah seminggu aku balik dari Korea,aku buka blog cikepal baca trip korea dia.Ada orang korea sebut perkataan ippo ni juga kat dia.Rupa-rupanya "ippo/yeppo/yeppeo" tu maksudnya lawa/cantik.So,ajusshi tu nak cakap aku ni wife Ahmad Shahrozli adalah seorang yang cantik.Tak payah operate pun i dah cantik tau.Hihihi..

 

       

Jalan punya jalan tengok jam dah pukul 1530.Kiteorang terus decide untuk balik.Dah lama sangat rasanya.Kiteorang pergi ke stesen bas yang pagi tadi bas turunkan kami.Sambil tunggu bas terserempak dengan orang malaysia.Dua orang lelaki.Sempatlah abiy berbual dan hisap rokok sesama.Geram je dengan my manja ni,bercuti musim sejuk ni makin giat pulak dia merokok.Sampai stok rokok Malaysia dah abis pun rokok Korea pon dia bedal.Aihh..

Kami turun di bustop depan guesthouse kami.Malam ni nak berendam dalam jakuzi sebab seharian letih dan penat mendaki.Disebabkan dah penat,nak makan pun malas nak keluar.So decide malam ni projek menghabiskan Brahim Food/sardin/Biskut/bubur instant/milo/nescafe semua ada lagi.So,malam ni dinner dalam bilik je.I prepare kat dapur dalam bilik je.

My manja dah berendam.hihi...

Okeylah hampa semua.Nanti kita sambung setory lagi okey.Rasanya lagi 2/3 part je...
Salam sayang

Fey,

Bye!

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor