Trip Pulau Perhentian : Percutian bajet 3D2N

Assalammualaikum...

Hi korang seperti yang dijanjikan aku akan mengupdate tentang percutian backpack aku dan kawan-kawan ke Pulau Perhentian,Terengganu.Kenapa pilih Pulau Perhentian?Sebab aku dah terbayang-bayang lautan biru yang selalu orang dok cerita je.So,kali ni giliran Cik Fatin pulak pergi! HAHA! Sebenarnya tak plan pun.Tiba-tiba terus ON je.Aku kenal dengan geng lain ni dari fb group (backpacker malaysia).Macam biase kebetulan AA ada buat promo.Return RM 26/person.Mana nak dapat kan?So,kumpul orang terus grab harga murah tu.

So,sampai tariknya bertolak lah aku ke KL naik bas express dengan 2 orang girlfriend dari Johor.Sorang lagi dari Melaka.Kami berempat sahaja.Disebabkan ada sorang yang lain negeri so semua berkumpul di TBS (Hentian Bandar Tasek Selatan).Jam 0300 bila dah cukup korem kami terus beli ticket bas ke KLIA2 berharga RM11/person. 

Tepat 0400 kami dah terpacak kat KLIA2.So,lepak sambil tidur di mekdi.Macam biase port lepak.Tggu gate bukak terus masuk departure hall dan flight pertama kiteorang pukul 0620.


14 September 2017, Khamis

Jam 0730 kami dah sampai airport Kota Bahru,Kelantan

Tunggu teksi yang dah dibooking terus bawa kami ke Jetty Kuala Besut.Masa diambil lebih kurang 1 jam lebih.Bila sampai jeti owner pakej yang kami pakai dah tunggu di sana.Kami pakai pakej sebab murah berbanding walkin.Include semua siap makan untuk 3 hari 2 malam hanya sebanyak RM290/person,

Pulau Perhentian ni ada dua.Perhentian besar dan Perhentian Kecil.Kiteorang pergi yang kecil.Sebab lebih hiduplah waktu malam orang cakap.Kalau yang bercuti dengan family pergi Perhentian besar lebih santai.Lagipun kat Perhentian Kecil ni ada mat saleh cekci,so tak elok untuk anak-anak kecil.Heheheha..

Jetty kampung nelayan
Rasa-rasa biru tak?haha..
Hakak takkuat,memang cair :)

Di Jeti Kampung Nelayan.Kenapa kami pilih kampung nelayan?Sebabkan selepas buat research,kampung nelayan ada elektrik 24jam.Memula nak stay kat long beach tapi elektrik kat sana dari 1900-0700 sahaja.So,awal-awal lagi dah tolak taknak duduk kat longbeach.

Biasalah kalau ikut pakej ni,semua benda dah diatur.Tu aku tak berapa nak gemar sangat.Tapi pada pendapat aku lah,kalau masuk pulau adalah terjamin bila ikut pakej sebab kat sana tumpuan pelancong.So kalau walkin kemungkinan bilik chalet cepat habis.So,bila taknak ambil risiko kita ikut je pakej.Lagipun dah siap makan apa semua dah senang tak payah pikir dah.

Petang tu jadual kami selepas lunch ada snorkel kat taman laut di Perhentian Besar.Seronok sebab dah lama tak terjun laut.Padahal bulan 7 baru kuar dari Pulau Tioman,Pahang.Takpe,nanti aku setory pasal Pulau Tioman di entry lain.

Malam 

Tiada aktiviti.
Dinner dan tidur..
.
.
.

15 September 2017, Jumaat

Awal pagi lagi owner Perhentian MJ dah kol suruh turun bawah untuk breakfast.Harini mungkin penat sikit sebab full day akan bersnorkeling.Perkara yang paling menyedihkan sepanjang trip ni adalah aku bawak Gopro aku,tapi lupe cas bateri.Nthen bila check bag,rupenya yang paling menyedihkan cas Gopro lupa bawak juga.Disebabkan hal ni lah,dalam trip HONEYMOON KOREA aku bawak segala jenis charger.Sebab dah kena time trip Perhentian.Sangat pedih ok!

Port untuk snokeling harini kami dibawa ke empat tempat.Dan last port air terjun.

Point 1 : Berhadapan dengan longbeach.Ia tempat tumpuan Nemo,Dory,banyak ikan kat sini dan batu karang yang sangat cantik.Ya allah,indah ciptaan allah ni.Sangat-sangat cantik sampai focus tu yang takda gambar =,=

Point 2 : Kami dibawa ke tempat turtle.Encik Turtle tu besar-besar ye.Kami dah macam apa dok berenang mengejar dia.Siap geng mat saleh sekali dok join.HAHA..

Point 3 : Lebih santai.Sebab dah boleh rest untuk makan ke duduk lepak sambil ambil gambar.Tapi kiteorang tak makan pun.Lebih rela main air.Semua point ada batu karang kecuali port kedua kt En.Turtle.

Point 4 : Ditengah laut.Tempat shark.Kat sini aku dah penat.Turun sekejap je pastu dah naik balik.Dengan laut berombak kuat.AArgghh kejadian Tioman bermain diminta.Tu yang kejap ke dah naik boat.HAHA! Dasar Penakut.

Point 5 : Di point kelima ni mandi air bukit.Abang boat tu bagi kami gayung pastu dok tadah air untuk mandi.Sejuk.Segarlah tengahari2 dapat air sejuk dengan penatnya bagai.

Ni kat point ke empat.Kiteorang dah penat gile time ni.


Point shark 


Point 5 

Dah puas mandi air sejuk tu,terus naik boat.Siap minta abang guide bawak balik cepat.Nampak sangat dah penat.Lagipun kaum adam nak menunaikan solat jumaat.Sampai bilik lepas mandi,makan dan solat zohor kiteorang bantai tidur sampai pukul 1630.Pastu owner chalet ada kol tanya nak pergi longbeach or teruskan tidur.Memang menggelepor lah geng ni bersiap.Bertuah sangat eh.Sabor ajelah..

Kat longbeach perkata pertama kami mendaki kincir angin dulu.Memang excited gila.Kami memilih jalan belakang.Jalan belakang tu mendaki trak hutan.Kalau dari arah depan boat akan hantar ke depan tangga terus.So,naik pakai tangga.Tapi kami tak, trak hutan boleh tahan mencabar..Dahla penat seharian bersnorkeling tadi.Ni sambung hiking plak.





Lepas puas layan view kat atas tu kami pun turun dan melepak kat pantai longbeach.Kat sinilah yang porpular pertunjukan firework pastu banyak cafe untuk melepak santai-santai di depan laut.Sungguh cantik. 

Kalau pergi perhentian wajib sampai longbeach ni.Baru lah lengkap.Yeahhh!!



Kami lepak kat satu cafe ni.Sampai layan angin pulau.Rindu Perhentian <3

Malam :

Bbq

Sampai ke malam kami lepak longbeach.Bila dah puas kat longbeach sebuk nak balik tetibe teringat ada bbq malam ni.lawak rasa.Tunggu boat kat jetty,boat sampai je terus naik boat balik ke kampung nelayan.Mandi dan standby bbq malam tu.Ramai sangat orang.Memang meriah lah pulau ni.Kami mentekedarah malam tu.Sebelum tidur owner chalet akan tanya kita nak naik speeboat jam berapa.Ada 3 times.Jam 0800,1000 dan 1200.Kami pilih untuk keluar pulau jam 1000.
.
.
.

16 September 2017 , Sabtu

Pagi ni memang takda aktiviti.Jam 1000 kami dah checkout dan lepak jetty sambil mengunyah kopok lekor.Datang ganu kopok lah baru mantap.Bnyak round jugalah menambah.HIHI
Speedboat sampai 1015 untuk pickup kami.20min atas laut dan kami sampai ke Jetty Kuala Besut.

Abang teksi yang kami tempah kelmarin dah menunggu.Tapi memang minta die menunggu kejap sebab nak beli keychain dah oleh-oleh kat depan jetty.Kedai tu memang murah gilos.Ada dua kedai kiri dan kanan.Kedai yang murah tu belah kanan.Lepas abis shopping terus pergi kat kereta.

Abang teksi pickup kami dah drop di Pasar Siti Khadijah.Proses shopping bermula lagi.Dengan jeruk,batik,kopok kering dan basah.Sampaikan lupe balik nanti flight takcheckin luggage pon.Matilanakk..

Lepas beberapa jam,selesai shopping,makan dan solat,Dalam jam 1900 kiteorang call teksi untuk pickup kami dah drop di airport Kota Bahru.Flight kiteorang sebelah malam.So,ada masa dalam 4 Jam untuk rest.Aku kejenya makan dan tidur.Penat seharian berjalan..

Tepat jam 2300 flight bergerak ke KUL.Selama sejam di awan kami selamat tiba di KLIA2 dengan selamat.


Time ni konon sedih-sedih nak berpisah.Si kenit ni balik melaka.Kami kena tunggu next flight balik johor.Alhamdulillah,misi travel dengan strangers akhirnya berjaya.Sampai sekarang kami still berkawan dan berhubung.Group wassup takpernah senyap.Inshallah,kalau diberi rezeki dan peluang,kita travel berempat lagi ye kawan.Tenkiu korang.Love you hokey!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor