Fatin dan Shah Honeymoon Korea ( Part 5 ) : Sunrise di Seogsan Ilchlubong dan Spa Pension Basso,Sokcho

Assalammualaikum...

Selamat pagi.Rabu (1hb November 2017), kami bangun awal pagi tu.Setelah siap mengemas bilik,mengemas begpack dan siapkan diri.Terus checkout.Tepat jam 0530 kami dah keluar guesthouse.Time tu ajusshi yang peramah tu takda kat reception pun.Dalam hati tak bangun lagi kut awal sangat ni.Nak jumpa pun sebab nak say goodbye lah kononnya.Yelah dah nak checkout kan.Lagipun,ni antara tempat kiteorang menginap yang owner dia sangat-sangat baik.

Lepas angkat beg semua masuk dalam kereta,baru nak start enjin tetibe ada orang ketuk tingkap belah laki aku.Rupanya memang panjang umurlah pakcik ni.Baru sebut dah muncul.Kiteorang pun apelagi keluarlah.Salam dan ajusshi tu siap peluk lagi suami aku.Pastu minta lah selfie.hehe.Will miss you ajusshi <3

Selfie sikit.hehe

Lepas tu,terus drive menghala ke Ilclubong.Dekat je dalam 10min jalan kaki.Tapi kami naik kereta je.Apa guna dah menyewa mahal-mahal ni.Tak kena bayar park pon sebab time tu gelap lagi.Orang yang jaga kaunter pun takde lagi.Tapi kalau masuk parking time dah siang memang kena bayar lah tau.

Terus ikut local dorang menghala kemana.Keadaan gelap memang tak nampak mana gate masuk.Sebab tu lah kiteorang follow local je.

Time mendaki ni memang tak banyak gambar aku dapat rakam.Sebab cuaca sejuk,tengah mendaki pula.Aku rasa macam sesak nafas.Memang tak cara dah ke gopro ke camera dah.Bila dah sampai atas baru nampak bawah.Macam tak percaya pula.

Sumber Google 
Ni lah gambar Ilchubong dari pandangan atas.Kami tak dapat gambar macam ni,sebab takda drone.Huhuhu..

Ilchulbong (Puncak Matahari Terbit) , ia sebuah kawah gunung berapi satu ketika dulu.Lebih ratusan tahun dulu.Sekarang dah tak aktif dah gunung berapinya.Tempat ni juga dapat pengiktirafan dari UNESCO.Ia terletak di penghujung Pulau Jeju.Untuk sampai puncak ada 500 anak tangga.Ilchulbong ni memang terkenal dengan Sunrise Peak.

       
Time kat checkpoint pertama sebenarnya aku dah fedup.Yelah penat kut.Tapi laki aku ni ye push-push.Siap cakap 'rugi tau sayang,kita dtg jejauh'.Aiiishh saje je kan.


Tapi memang akui,kalau tak sampai atas memang satu kerugian.Sebab subhanallah,sangat cantik.Siap ada tempat duduk bebetul menghadap matahari terbit dihadapan kawah yang berbentuk mangkuk tu.Kira sebelah laut sana tu Jepun lah.

Menunggu matahari memunculkan diri.

       
Cuba cari mana aku? haha.. 

Ramai sangat local.Dari muda sampai ke berumur.Sama ramai.Penuh atas tu.Padahal ni hari Rabu bukan cuti.Tapi tetap penuh.Muka tak makeup :)

Menghabiskan dalam 30min kat atas,puas snap pic,record video.Tetibe laki aku ajak turun.Tepat jam 0730.Sebab kami kena menuju ke Downtown untuk pulangkan kereta.Kami kena kejar masa sebab Seogsan-Downtown makan masa 60min.Dan kena kejar flight untuk balik Seoul pada jam 1000.

       
Ni kat bawah.Lepas mendaki.Matahari pun dah naik time ni.Terlebih filter pulak.Biar lah.hahahaha

Geng minah di dari guesthouse.Mesti tak mandi lagi.Hahaks
Sampai berhubung dari kakaotalk.

      
Suasana 0730 di hadapan Seogsan Ilchulbong.Miss Jeju <3

Alhamdulillah,tepat 0915 kami selamat tiba semula di Jeju Airport.Proses pemulangan kereta berjalan lancar.Cuma kelam kabut sikit masa nak beratur untuk checkin begpack abiy sebab que panjang.Terus dengan selamber abiy ke hadapan kaunter dan ckap 'urgent' sambil tunjuk booking ticket.Staff Jeju Air terus bukak kaunter untuk setelkan beg abiy nthen printkan boarding pass tanpa bayar.Sekali lagi begpack abiy lebih 15kg,tapi staff Jeju Air tak minta bayaran pun.Alhamdulillah.Terima kasih.Flight kami jam 1000.Jam 0920 baru nak checkin beg mana tak kelam kabut.Ni kalau AA dah say 'goodbye'.

Yeayy,tepat 0950 gate pun buka.Dah masuk flight.Fuhh lega yakmatt...

Perjalanan sejam just sempat lelapkan mata untuk rest dari penat berlari mengejar gate.Kelakar rasa,pengalaman betul.Jam 1105 selamat tiba di Gimpo Airport.Lepas pickup beg perut dah lapar.

Cari restoran yang sesuai untuk lunch.Last-last kami lunch di satu restoran ni.Tak ingat nama apa.Aku order ramen seafood,abiy punya makanan aku xingat.Tapi sotong sambal.Yang lain sayur.Ingat jangan order ayam or daging okey!

Makanan abiy

Ramen aku :)

Sedap sangat.Dua-dua licin.Makanan korea aku perati sama lebih kurang macam makanan Jepun.Banyak side dish.Air kosong memang free untuk semua orang.Kat restoran aku makan ni,air memang takda selain air kosong or soju(alcohol).So,ini merupakan hari ke-4 kami dibumi korea tanpa minum air manis.Kecuali banana uyu yang pemes tu.

Ni memang siap buat stok.Patotlah pemes sebab memang sedap.Ni jelah yang aku bedal kalau nak air manis.

Lepas tu,kami ke kaunter bas yang berada di bahagian hujung.Sama level dengan bahagian restoran tak silap aku aras 2.Pergi kaunter bas untuk beli ticket ke Sokcho.Kami tak stay Seoul lagi.Lepas bincang dan main tarik tali dengan laki aku.Kami decide nak teruskan perjalanan lagi 3 hari 2 malam di Sokcho baru kembali ke Seoul sampai last day nanti.

Ticket bas pergi/person 22,000 won.Dalam Rm82.51.Rate 3.70 time aku pergi ni.Kalau dua orang dalam 44,000 won.Tulah aku kaborkan,kalau pergi obersea jangan convert semula ke ringgit malaysia ye.Nanti memang takkan kemana lah sebab rasa mahal.Kalau ikutkan logik kira murah dah sebab aku pikir mcm rm22 je.Walaupon hakikatnya 22,000 won.Hahaha..

       
Time ni tengah menunggu bas di platform 7.Bas ke Sokcho.

Jadual bas kiteorang jam 1330.So,tunggu kat tempat tggu bas di luar bangunan airport.Siap ada no platform.Ikut je apa yang ada dalam ticket korang ye.Sistem bas kat sini jangan risau memang sangat tepati masa.Kalau kat ticket 1330 maknanya tepat jam tu mesti bas sampai.Kita sesiap naik terus gerak basnya.Takde tggu 5 or 10 min.Memang kalo pergi toilet ke,boleh tertinggal bas tau.So,alert dengan pengangkutan di Korea ye.Sangat menepati masa.

Perjalanan ke Sokcho mengambil masa 2 jam 30 min.Aku dengan abiy memang tidur je.Lagi-lagi bila keadaan dalam bas yang lengang.Senyap ye.

Bas express Sokcho.Sangat luas dan selesa.

Alhamdulillah,kami selamat sampai di Terminal Bas Express Sokcho jam 1600.Perkara pertama yang aku buat adalah beli ticket return ke Seoul nanti.Bukan apa,takut ticket bas habis.Naya kang.Risau jadual berterabur.Jalan bila tak pakai egen ni,memang kena advance selangkah dua kehadapan.Selamat mengembara kawan!

Dah setel beli ticket,terus ke kaunter information centre.Keluar dari terminal,disebelah kiri mesti ada.Minta jasa baik unnie(kakak) kat kaunter tu tolong call kan hotel kami.Alhamdulillah,baik sangat orang korea ni,kuat membantu.Sebenarnya,owner hotel ada email,dia bgtau kalau dah sampai call dia nanti dia pickup kiteorang.Tapi disebabkan kami dh deaktive rooming so takboleh nak call dah.Haritu aktivekan bila kat Jeju je.Tu yang minta tolong kaunter information.

Hotel ni aku booking last min.Lagi seminggu nak fly haritu.Kebetulan ada prmo,memang hampir 60% kat agoda.Lepas timbang kira syiling aku pun book je.Sebab lanskap dia cantik.Dekat dengan Seoraksan Mountain dan laut sokcho.Tu antara tarikan yang aku nekad nak ambil hotel ni. 

Beg abiy.Amboi sampai terus nak baring.Nampak tak penat harininya..

Ada siap dapur.Senang nak masak.

Ni toilet pulak.Abiy jakun teknology Jepun kat jamban tu. >,<"
 Pastu ada syampu dan body shower.Ni ada di setiap hotel yang aku duduk.

Jakuzzi ni bersambung dari toilet.Depan tu ditutup dengan cermin.Dan berhadapan dengan tv.Kire korang boleh tengok tv sambil berjakuzzi lah.Memang syoklah kan.

Nampak excited dia.Berjakuzzi je.Memang sesuailah untuk couple yang honeymoon atau anniversary.Suasana nyaman je.Series,iolls rindu :(

Ni laman luar hotel.Aku snap pic ni dari balcony je.Kalau breakfast or lunch kat luar tu boleh kat dalam cafe pon boleh.Dan dorang ada sediakan stuff untuk bbq.

Apa yang syok pasal Spa Pension Basso ni sebab lokasi dia strategik.Dekat dengan bustop.Senang korang nak ke bandar sokcho atau menghala ke Gunung Seorak.Just naik bas no 7 sahaja.Kebanyakkan tujuan utama pelancong ke Sokcho untuk naik Seorak Mountain je.Lagi-lagi musim luruh.Memang peak season.Pastu Spa ni ada free wifi dan connection agak laju.Yang paling penting owner sangat friendly.Wife owner ingat laki aku chiness siap speaking cina lagi.Aduh kelakar.Penangan mata sepet abiy kut :)

Ok, nanti aku sambung lagi cerita apa kami buat kat Sokcho selama 3 hari ni.Kiteorang sangat suka sengan scenery yang tenang dan damai di Sokcho ni.Sokcho sangat sesuai dengan jiwa yang nature.Jauh dari kota metropolitan(Seoul).Walaupon Sokcho ni tak porpular mcm Seoul dan Busan tapi ada tempat menarik di sini.Bagi aku okey je.Stay tune okey.

Bye!

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor