Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 4) : Hanok Village dan Sunset di Seopjikoji

Assalammualaikum...

Perjalanan kami diteruskan selepas selesai urusan sewa kereta.Lepas salam-salam dengan ahjumma di hotel yang semalam kami sewa tu,kami terus ke Seogsan dengan berpandukan gps.Gps ni memang dapat sekali dengan kereta.Tak perlu bayar lebih pun.

Ni lah kereta yang comel tapi susah sangat nak dapat dia.hihik :)

Memandu di korea ni,sebelah kiri.So,kelakar time memula laki aku try memandu.Makk aihh seram je ke kanan ke kiri.Bila dah setengah jam macam tu,dah dapat ikut rentak baru okey.Ceh...steady konon.Bajet retis korea mamat ni.Time shopping uniqlo madah nak baju korean style je.HAHAHHA..

First sekali kiteorang ke Seogsan.Kenapa ke Seogsan?Sebab guesthouse kiteorang dekat sana.Kenapa ambil guesthouse lain-lain.Tak duduk setempat macam malam tadi?Hokey,macam ni.Salah satu sebabnya Jeju sangat besar.Hotel yang kami stay semalam di Downtown.Kira macam bandar depa lah.Dekat dengan airport ada shopping mall.Tempat yang kiteorang target pula di Seogsan.Masa untuk sampai dalam satu jam lebih.So,bagi aku untuk menjimatkan masa sebab subuh esok kami nak mendaki Ilclubong.Aku sewa guesthouse kt kaki Ilclubung ni.


sumber : google
Ni contoh peta Jeju.

Sepanjang perjalanan pemandangan sangat-sangat awesome.Tak tahu nak kabo lagu mana.Tiba-tiba nampak ramai sangat orang kat bahu jalan.Pastu siap ada kereta,van,bas parking.Kite pun apelagi.Sebenarnya tak tahu tempat apa.Dok menonong turun.Rupanya Hutan Pinus.Di bawahnya pokok-pokok pinus.Ada trek untuk mendaki @ berjalan terus ke bukit.Aku pun tak pasti apa nama bukit tu.Yang pasti sangat ramai orang yang turun sini.Semata nak berjalan.Kan aku dah kabo korean people kuat berjalan.Free je masuk tempat ni.



Nampak hijau lagi pokoknya.Jeju memang lambat sikit daun bertukar.Mungkin sebab sebelah selatan lambat kut.Tapi jangan tertipu,walaupon mcm ni.Tetap sejuk hingga ke tulang.Malam boleh cecah 8-10 deg.


Dekat depan pintu masuk tu ada foodtrak.So,benti kejap tengok makanan.Owner van ni dok cakap ape ntah nama makanan ni.Kiteorang tak ingat.Macam roti+cheese+telur pastu manis sikit.Anggap roti telur je lah.HAHA..
Tapi memang sedap lah.Tak tipu.Teringat oii sampai sekarang.


Tengah-tengah makan tetiba boleh pulak berbual dengan ahjumma dan ahjusshi ni.Walaupun berbual macam dengan ayam dan itik.Lantaklah.dorang memang peramah.Walaupun dah berumur tapi gigih lagi mendaki.Disebabkan dorang ni lah kiteorang try fishcake sedap kat trak ni.Memang sedap dan kenyang.Mana tak kenyang sorang makan sampai 5/6 batang.Dahla besar-besar.

Lepas makan.Teruskan perjalanan ke Seogsan.Kami ke Seongeup Folk Village.Fees entrance 10,000 won sorang.Dalam hanok village ni dorang kenalkan cara hidup zaman dulu masyarakat korea yang tinggal kat Jeju ni.Rumah-rumah disusun dengan batu-batuan dari letusan gunung berapi.Dan tanah liat sebagai simen untuk lekatkan batuan tu.

Patung yang sebelah aku tu memang banyak di Jeju.Dorang bagi nama 'Dol Hareubang'.Maksudnya patung atuk.Sekali pandang memang ada nampak mcm orang tua lah.Bagi kepercayaan dorang patung tu menjaga pulau dorang.


Dorang buat macam susun atur perkampungan.Ada rumah tok penghulu,kedai runcit,perigi,kandang lembu,kandang bab_ pun ada.HAHA..

Aku masuk rumah macam ni mula lah terperanjat.Ada je patung pakcik n makcik dalam rumah tu.Aiishhh terkejut!

Yang nampak lain dari yang lain sikit sebab dorang pasang lagu-lagu lama korea dalam dialek(loghat) Jeju.So,dia macam menaikkan aura atuk nenek dan orang lama dorang lah.Ada sekeluarga ni datang dengan atuk dan nenek dorang.Dok lah terangkan kat cucu-cucu depa pasal history semua.Laki aku ni kuat berbual,peramah terlebih sangat.Tetiba boleh join group.Siap jadi free tour guide untuk kiteorang.Seronok berbual dengan local ni.Sebab dorang semangat terangkan kat kita pasal negara dorang.Jangan dok percaya 100% kat mr.google.Barulah jauh perjalanan luas pandangan.Mana yang tak bertentangan kita ambil.Ye idokk..


Abiy sedih sebab tak dapat naik kuda.Mampu laga-laga kepala je.Kiteorang datang dah petang.Tu yang tempat menunggang kuda tu dah tutup.Siap ada trek bawa jalan dalam hutan.


Lepas puas pusing-pusing,snap-snap pic ternampak gerai aiskrim.Laki aku bising sebab kita dok mengada nak aiskrim.Tapi belikan juga.Tenkiu husben.Harga 3,000 won dalam range rm10 lah.Rasa-rasa berbaloi tak harga macam tu??

Dah habiskan masa sejam setengah kat sini,kami ke Seopjikoji.Seopjikoji ni tanah lapang di tepi laut.Ada tempat berjalan kaki terus sampai ke rumah api.Yang pasti tempat ni just nice.Time aku pergi memang ramai lah couple.Memang banyak tempat berjalan dan mendaki.Korang memang kena prepare kalau nak datang korea.Mesti ada sport shoes dan badan kena fit sikit lah.Kalau tak macam aku lah.Abis sakit urat kaki.Padan muke :(

Nak tengok view cantik.Kena mendaki.Nak ambil gambar cantik.Kena berjalan.Haa..macam tu konsep dia.







sumber : google

Hari mula gelap.Kiteorang kena cari guesthouse yang aku tempah kat agoda untuk tidur malam ni.Tak checkin lagi.Buka waze lah apa lagi.Sekejap je dalam 15min kiteorang sampai dah.Betul-betul bawah Seogsan Ilclubong.Alhamdulillah untuk hari ni.Penat sangat.Tapi berbaloi dan puas.

Guesthouse sangat best.Nama guesthouse tu 'Sunflower Guesthouse'.Ada dapur,tilam bawah,tv,heater lantai sangat penting dalam cuaca sejuk dan bilik air sendiri.Dah cukup lengkap bagi kiteorang.Murah je harga 40,000 won dalam RM 156 semalam.Ahjusshi owner guesthouse aku ni ada buka kedai runcit sebelah guesthouse dia.So,senang lah nak cari makanan.Lepas mandi/solat aku pergi sebelah beli barang-barang sikit untuk malam ni.Abiy dah penat taknak keluar dah.Dok merengek macam baby.Aiishh..

Last,aku masak seafood ramen dan panaskan Brahim Food yang dibawa dari Malaysia.Yang penting kenyang siap biskut Hap Seng cicah air milo lagi ko! Mampu?! HAHA.Time tengok tv,mata dah mula mengantuk.Laki aku keluar berbual dengan owner.Puaslah berceloteh.Dah pangkat abah tu dok rancak bercerita.Lantaklah abang, aku malas duduk bilik je.Owner guesthouse cakap Ilclubong cantik waktu sunrise.Sunrise kat Jeju jam 0630.So,kami kena bangun awal lah nampak gayanya ni.

So,prepare tilam.Yelah,orang korea ni style tido bawah.Merasalah macam nobita sikit.Naikkan heater kat lantai sebab cuasa sejuk sangat.Lepas tu,kami pun tidur.

Syukur,allah mudahkan urusan arini.Dari kes kereta sewa,sesat barat walaupun guna gps.Amin..


"Nanti kite sambung story lagi ye.Dalam Part 5" Bye!!
Saranghae korang <3


Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor