Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan




Assalammualaikum..

Hari Isnin (30/10/2017).Awal pagi aku dah kejut laki aku.Nyenyaknya tidur cuaca sejuk je walaupun tak pasang aircon.Excited hari ni sebab nak pergi Gyeongbokgung Palace.
Sebelum tu kiteorang ke SeoulStation dulu.Sebab malam nanti kena ke Gimpo Airport untuk ke Jeju Island.So,checkout sesiap.





Sebenarnya setiap stesen memang ada locker bagasi ni.Tapi kiteorang pilih simpan kat SeoulStation sebab memudahkan kerja.Stesen ni ada airport rail.So,nanti terus pickup bag dan masuk line airport.Untuk gunakan locker ni senang je.Tepi laki aku tu ada satu mesin macam atm tu.Just pilih locker mana yang kosong.Dan masukkan passwed kita.Dan last paling penting bayar guna t-money.Terus locker yang kita pilih tu akan terbuka.Nanti bila nak pickup just tekan locker kita kat screen tu,masukkan passwed semula nthen terus locker tu terbuka.


Senang dan mudah kan?

Takde kes hilang kunci ke,hilang kad number ke.

Direction ke Gyeongbokgung :



Seoul Station - Jongno Station -  Gyeongbokgung Station. (Exit 5) 

Subwey kat korea ni bawah tanah.Memang berlapis-lapis lah bawah tanah tu.Sebab tu tangga pun tinggi-tinggi mak datok.Kalau kena station yang takda ascalator memang saja nak bagi betis aku fit.Local dorang pun memang boleh cakap 70% menggunakan subwey.Dorang pun jenis jalan laju.So,aku sarankan kalau nak berjalan korea pakailah sportshoes yang sesuai dan selesa.


Kiteorang sangat bernasib baik datang pd hari isnin.Sebab hari selasa istana tutup.


Kalau korang peminat k-drama,mesti tau banyak drama dorang ada berlakon kat istana ni antaranya drama "Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo"
*Disebabkan drama tu i di korea skrg tau!!



Kalau korang nak tau banyak palace sekitar kota Seoul ni.Tapi kami pergi yang satu ni je.Kenapa?Sebab Gyeongbokgung adalah palace yang terbesar dan terkenal yang dibangunkan masa zaman Dinasti Joseon.Sangat besar dan luas.Jangan terkejut bilik saja ada lebih kurang 5000.Belum termasuk pejabat,balairung dan lain-lain lah.

Dia terletak betul-betul tengah bandar Seoul.Kalau korang pergi dengan travel agent atau tak(mcm kiteorang) mesti akan pergi jugak istana ni.Dah jadi satu kemestian.Orang cakap kalau pergi korea tak masuk atau bergambar dengan Gyeongbokgung Palace memang tak sah tau! Apa yang buatkan istana ni seakan hidup sebab kat sini menyediakan sewaan baju tradisional dahulu kala dorang.Puas abiy suruh aku pakai tapi aku taknak.Sebab malas nak bertukar-tukar baju.



Cantikkan,alololo comelnya.hihi..




Dok syiok snap-snap pic tetibe ada announcement bagitau kejap lagi ada changing gatekeeper ceramony.Aku dan abiy pun cecepatlah ke pintu utama istana.Dari jauh dah dengar gong berbunyi.Rasa ada dalam zaman dulu-dulu pulak.


Aku tak banyak gambar time ceremony ni berjalan sebab sibuk ambil video hehe..
Dalam 10min mcm tu ceremony pun habis



Luar perkarangan istana ni berdebu je.Aku pun tak tahu sebab musim luruh atau kawasannya memang mcm tu.Ramai sangat orang time ni.Ticket masuk 3,000 won(Dalam RM10).Pastu laki aku ajak makan,dah lapar katenya.Disebabkan restoran yang eboy cakap sedap tu tutup hari isnin moh kite ke Myeong-dong makan dakgalbi.

Direction ke Myeongdong :

Gyeongbokgung Station - Chungmuro Station - Myeong-dong Station  

Myeongdong ni antara shopping street yang popular lah kat korea ni.Mostly pelancong mesti akan ke myeongdong.Satu lagi dia popular sebab banyak sangat kosmetik,skincare,minyak wangi yang dijual kat sana.Asal lalu je bagi sample.Baju pun banyak.Lagi-lagi time kiteorang pergi ni penghujung autumn so dorang buat sale abisan baju musim autumn sebab bulan Dec baju winter pulak. 

Aku tak bape heran sangat sebab bukan kaki makeup kan.Lagipun tujuan utama nak makan! hihi.Aku tau pasal restoran ni sebab adalah terbaca satu blogger ni beberapa minggu sebelum berlepas ritu.Dorang cakap sedap,okey kita try.



Dorang memang masak depan kita.So,memang tak perlu risau.Apa dia campur kita nampak.Time ni aku order Seafood Fried Rice.Sedap gile.Serious tak tipu.Memang recommended lah.Memang order seafood je sebab ayam dan daging tak boleh makan.Dah sah-sah dorang tak sembelihkan.Untuk jaminan kita makan seafood je.Harga 5,500 won.Quantiti untuk dua orang makan dalam 11,000 won sahaja.

Restoran di korea memang menyediakan air mineral free.Ko pergi celah mana pun tetap free.So dunt worry,aku memang jenis bawak botol kemana sahaja.Boleh topup air kat mana-mana,kan senang.Dorang bukan ada air mcm kita.Sirap/teh ais/limau ais.

Ni side dish dorang.Kena ambil sendiri.Self service.Ada kimchi (wajib).

Orang makan siket-siket datang aku melepuk penuh mangkuk tu.haha..

Ni memang kemahin excited.Asyik buat live je.aiihhh...

Nilah restorannya.Lambang merah/kuning macam ni.Dekat seoul memang banyak

Nak pergi Yoogane ni senang je.Keluar dari Myeongdong Street akan nampak Uniqlo sebelah kanan dan Nature Republic sebelah kiri.Myeongdong street ni banyak lorong.Korang ambil lorong kiri yang pertama.Dan straight je.Sambil-sambil tu mata besar-besarkan jangan sampai terlepas.

Lepas habis makan,jalan-jalan cuci mata kejap kt Myeongdong.Tapi aku tak beli pape sebab dah aim lastday baru nak shopping.Dalam jam 1700 kiteorang ambil subwey ke Seoul Station untuk pickup bag dan terus ke Gimpo Airport (Domestik airport).Flight kiteorang ke Jeju Island jam 1920.Marathon kami dihari ke-2.


Okey rasanya panjang sangat entry ni.Nanti bersambung part 3 pulak..
Heee, bye !

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor