Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 1) : Makan pizza arab di Itaewon

Assalammualaikum..

Alhamdulillah,



Aku dan laki aku baru habis trip ke Korea Selatan tiga minggu lepas.Booking ticket kapal terbang kemahin setahun awal.Sebab ada promo Airasia tahun lepas.Dalam sebulan lepas nikah lah.Bincang punya bincang,laki aku cakap jum lah lagipun bukan pergi time tu.So,Ada masa untuk prepare masuk rumah kat kuaters dan urusan kewangan sikit.Time tu baru je nikah.

Okey bulan ganti bulan sampailah tarikh kena berlepas.Jumaat (27/10/2017) malam lepas waktu kerja dalam pukul 2030 aku bergerak dari johor-tbs dengan bas.Dalam bas takde buat apa selain buat taik mata sebab aku kena prepare sampai kl nanti nak kena mengemas.Laki aku mmg taklah mengemas dia cakap tak pandai takut tertinggal.Bertuah sangat ko bang.Padahal dia yang selalu travel obersea sampai europe sana.

Hari sabtu (28/10/2017) memang keja mengemas rumah,kemas backpack,shopping barang makan.Pasal barang makanan ni kenalah prepare sikit paling takpun biskut,milo 3 in 1,sardin (kalau duduk guesthouse ada dapur),Brahim Food.Memang saja prepare barang makan ni last2.Macam baju dan benda lain aku dah siapkan awal-awal.

29/10/2017 pukul 0300 kiteorang dah bertolak ke KLIA2.Pergi awal sebab kiteorang ada beg kena checkin.Laki aku bawa beg 60liter,aku bawa 45liter je dan satu handcarry untuk dokumen dan barang-barang penting.



Sampai kat KLIA2 terus ke kaunter baggage.Kami mmg pilih backpack sebab sng nak bergerak.Tengok memang tak buka lagilah awal sangat ni.Abang cakap takpe kite lepak mekdi dulu.Lepak-lepak sempat abg tidur.Bertuah sangat,mmg asekor komando ko abg dimana2 saje boleh tidur.haha..


Nak kasut sama-sama.Sweetkan laki aku ni.1k lebih kasut saja.UnderAmour punya pasal sanggup membazir.Dalam 0430 aku kejut dia.Terus ke kaunter dan kaunter dah buka tapi time tu sikit je orang.Nasiblah,kalau sampai lambat hazab juga nak mengadap.Time imegresen,scan beg semua aku rilex je.Bila semua dah setel dan dah dalam flight baru rasa aura korea tu sampai.Kan penat dari semalam mengemas memang mood tu takde lagi.Tapi bila masuk je flight dorang bukak lagu korea,haaa kow baru rasa feel kpop dia camana.hihi. 

     

Harap maklum 6jam 30min dalam flight kematu montot.Aku tak buat apa-apa melainkan tidur je.Kejap-kejap bangun time abiy kacau or time makan.Sebabnya malamkan tak tidur.So kita topup energy lah,nanti sampai Seoul kena prepare kaki bebetul.

Ini merupakan kali pertama fyshah obersea.Sebelum ni kami bercuti dalam malaysia je.Alhamdulillah allah bagi rezeki nikah.Allah bagi rezeki honeymoon obersea.Rezeki baby jgn persoalkan.Allah bagi banyak sangat nikmat.Sapalah kita.Abiy selalu ingatkan benda tu.Saranghea oppa <3


Tepat pukul 1430 jam malaysia.Jam korea awal sejam so kami sampai Incheon Airport dalam jam 1530.Selepas selesai imegresen dan pickup bag.Benda pertama adalah hidupkan wifi.Aku buat rental wifi masa kat Malaysia lagi.Sementara tu abang pergi topup kad t-money (touch n go).Cuma kelebihan t-money ni kau boleh pakai untuk sewa locker penyimpanan bagasi,bas,teksi dan train.Pelbagai kemudahan lah.So,t-money sangat-sangat penting.

Pastu decide dengan abiy nak naik train atau bas.Abiy cakap train.Bila tanya infomation centre dorang cakap line train kat bawah.So ikut je signboard.Dalam airport tu memang ada.So,jgn risau sesat ke apa.Jawapannya memang takkan sesat.


Kiteorang study line subway di seoul 100% daripada app je.Ade je bawa peta korea tapi tak guna pun.Elok simpan dalam bag.So dari Incheon (airport rail) - Seoul Station - Chungmuro (line 4).Aku booking guesthouse area Chungmuro.Sangat recomended sebab selesa,bersih dan owner baik sangat.Di ingatkan time book accommadation kt agoda tu,pastikan amik dekat dengan subway.Senang nak bergerak.Bentuk muka bumi korea berbukit dan amat memerlukan ketahanan betis dan kaki anda :)


Bulan October adalah musim luruh kat sana.Musim-musim sejuk ni malam cepat je.Bila tengok kat luar memang dah gelap.


Tetiba abiy cakap cakap kawan dia pon kat Seoul sekarang dengan wife dia bercuti juga.So plan malam tu makan sama dengan doranglah.



Shah/Fey/Tini/Eboy

Kebetulan sangat citer die ni.Tulah kat malaysia walaupun duduk KL takmau jumpa.Nak jumpa jauh-jauh je.hihi..

Dorang dah datang seminggu awal dari kiteorang.Esoknya dah nak balik Malaysia.Disebabkan tu kiteorang jumpalah,konon nak kongsi tempat-tempat yang dia dh pergi.


Jumpe di Dongdaemun History Park sebab guesthouse dorang area sana.Suasana malam di Dongdaemun memang happening.Time tu sejuk dia ya allah sampai ke tulang.Dok sebok melayan ke artis minah kpop joget tengok jam dah pukul 2130.Dah sudah! Terus ke line subway untuk ke Itaewon.Bila sampai Itaewon restoran yang eboy cakap sedap tu dah tutup.Owner baru tutup pintu.Dia tutup awal sebab restoran tu close hari esoknya(Isnin).Memang kecewa gile.

Kelakar bila ingat balik.Dahla kelaparan.Last-last kiteorang masuk kedai pizza je.Sempatlah berbual dengan owner dari Iraq.Sangat friendly.Dalam jam 2330 kiteorang balik sebab esok aku dan abiy akan ke Jeju Island.Eboytini pun flight nak balik malaysia 0800.


Okey,nanti sambung part 2 pula. bye!

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor