Short Trip : Bukit Tinggi, Pahang

Assalammualaikum..

Sejak-sejak kami ade buah hati ni, sebuk jek suke interfrem kan bakal tunang ni dalam blog kesayangan ni.Sebab aku rasa blog ni dh mcm diary aku.Tempat aku isi semua kenangan/moment dalam hidup aku..

Lepas aku balik dari Langkawi,kedah pada pertengahan bulan 11 lepas.Awal bulan 12 abang ajak pergi bercuti ke Bukit Tinggi,Pahang pulak.Bukan sebab gian or mabuk bercinta,Tapi ini adalah dinamakan rezeki.Sebab abang menang game die dekat Perak hari tu.Game ape?nantilah aku buat entry pasal abang okey.Sekarang ini nak cerita pasal kami bercuti berdua ke Bukit Tinggi.

Kami ni kn dhla baru kenal,dan proses kenalan tu tu pulak kebetulan.Dan kami ni long distance.Sebab tu aku dh target akan jumpa abang 3/4 bulan sekali.Dan paling kerap sebulan or 2 bulan sekali jumpa.Sebab sekali nak jumpa tersangatlah susah.Abang sebuk dgn training untuk game.Aku pulak student nun jauh di utagha..

Tapi alhamdulillah,kami terima jodoh ini,dugaan kami.Dan berharap jodoh ini sampai ke akhirat.
Okey,setop pasal jiwang,ni aku excited nak cerita pasal percutian aku kali ini sebab ia merupakan hadiah abang untuk aku.Hasil duit gaji/bonus yang terlebih,dan hasil aku tak tau ape itu Bukit Tinggi.So,ni kire niat murni abang nak bawak aku berjalan sane.Ke bukit yang jauh dari kesibukan kota,Yang sangat menyenangkan dan aku happy!! Thanks sayang :) i'am so speechless..

Percutian ini selama tiga hari 2 malam,biasalah hari jumaat pagi aku ke KL daripada JB.Sampai petang.Dalam pukul 3 di TBS.Lepas abang pick up aku kat stesen bas,aku ingat die nak check in kan aku bilik belakang kem die.Rupanya die bawak aku ke Bukit Tinggi.Rasa taksangka dan terharu abang bawak bercuti.Kami sampai Bukit Tinggi dah nak magrib dan terus check in resort yang ada kat puncak bukit tu...

Resort bajet Rm245 semalam untuk 1 bilik

Alkisahnye perbualan kami di telefon lah.Abang dok tanye,kalau dapat berjalan nak kemana.Aku slamber jek cakap 'kali ni nak ke hutan lah,sebab aritu dah ke pantai'.Cth : Cameron,Bukit Freser or Genting.Datang abang Bukit Tinggi.praappp,,dalam otak aku dok liat pikir Bukit Tinggi ni dok bahagian mane sebab mcm tak pernah dengar.Kesian betul kan tak tau akan kewujudan bukit tu.
Meh la aku bagi view kenangan kiteorang siket....

Abang tau sayang manje die ni kuat makan.haaa,, amek kau breakfast macam makan tengahari.Ini tak tengok lagi yang tepi2 yang terkeluar dari gambar ni....hihi 



Untuk acara pertama di pagi hari kedua kami ke ladang kuda untuk buat horse riding.Ini adalah acara wajib.Untuk naik kuda ni tersangat la mahal tetapi aku di sponsor penuh oleh bakal tunang aku yg comel ini..hee
hikhik,,gaya gedik 'sayang mung!!'

Lepas puas main kuda,abang bawa aku ke animal farm.Main dengan haiwan yang kecil pulak.Tapi hakikatnye kecik ke besaq ke aku tetap takut.
Naik kuda menjerit,pegang arnab pon jerit.Yelah selalu kat rumah ade kucing jep.. :p

Jangan cakap,dia memang rilex sebab dia memang suka binatang..

 Terbukti betapa penyayang nye dia kat binatang ==,
Penyayang kat sayang lagi lah..
so sweet sayang..

Dan aku?? tengak muka dah nampak yang cuak giler..
Series aku menjerit,,sampai orang orang kat situ perhatikan kiteorang dan ketawe.
Tengak abang buli sayang,, :)

Lepas habis dengan binatang abang bawa aku ke puncak Bukit Tinggi.Memang mencabar siket sebab kami kena mendaki.Tapi ape yang mengejutkan di puncak tu ada perkampungan jepun yang sangat comel!! Sempat kami sewa memakai baju kimono.




Cute tak kiteorang kat perkampungan jepun
Siap pakai kimono lagi,,



Gambar-gambar ni sekitar perkampungan jepun tu.Memang lah keletihan tapi best sangat.Jadi macam xrasa kepenatan tu.Lagipon kat puncak gunung ni udaranya sejuk.

Apa yang paling best,time kiteorang makan dekat dalam colmar tropical.Waktu tengah menikmati chickencop yang berharga rm70 untuk dua org makan ini.
Kami tetibe didatangi oleh 3 org.2 penyanyi 1 orang pemain gitar.
Dieorang ingat kami ni pasangan baru kawen dah depa menyanyikan lagu dan ucapkan tahniah.
Tak tau baru dalam persiapan nak bertunang ni.hehehe,,


Tempat kenangan.
Thanks abang sebab belanja pre honeymoon,,hihihi
Nt kite plan tempat lain pulak okey :)

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor